
Travel sorang dgn mood berbeza. Baju kulit ni sy beli masa ke Turki bersama famili tahun 2012.. cantik kan pemandangannya dri atas.
Turki musafir sendiri yg x dirancang. Bertolak dri rumah jam 9.30malam pd 21hb Disember 2015.. Dn berlepas jam 2pagi terus ke Abu Dhabi.. (1st time naik plane ni.. Bagus sgt service krewnya, besar lebih selesa dri MAS, mewah pulak tu.. Dengan Budget RM4300.. X expect dapat semewah ini)..
Cukup puas hati kredit pd Amar Travel. Co ni Sigh punya tp di Turki kami dipandu oleh Muslim Tour Guide Muzaffar namanya (ada pHD belajar di Italy. Banyak sgt informasi yg diberikan service yg terbaik semua ttg sejarah Turki yg sgt detail)..
Biasanya kalau hujung tahun ni sy akan merancang awal utk berpermergian dgn family.. Masa ni sy berkumpul dgn anak2 cucu sekurang2nya 10 ke 30 org semuanya. Pastinya memerlukan budget yg besar.. Sbb tu setahun sekali x leh berkali2..
Kebetulan anak sy SPM yg melibatkan masa yg agak lama tahun ni maka kami x bergathering lah tahun ni (melancong bersama keluarga..)
Kali ni sy sorang jer utk mencabar diri sendiri dan mencari jawapan ttg kehidupan yg sy pilih. Mulanya sy rasa janggal kerana sebelum ni ke mana sja sy akan bersama family dn suami disebelah menemani.. Canggung juga bila diperhatikan org.. Tp ini pilihan sy maka sy cover lah rasa kekok tu..
Meskipun pergi sendiri ada agen dn team lain yg boleh sy follow. Maka sy x sesat dalam musafir sy.. Sy kena peka dn belajar dri kelalaian sy sebelum ni.. Yg penting niat mesti baik2, ada duit, tahu bercakap english sikit.. boleh membaca sure selamat punya..
Sebelum sy pergi sy banyak berbincang dgn guru ttg beberapa perkara selain istikarah, zikir yg sy kena amalkan Allah akan bagi jawaban tu. Hanya Allah tahu rahsia dn ujianNya pd sy..
Sebanyak2 sy berkias, seperti pengemis di dalam lautan nikmat kekayaan.. Bahawa kasih sayang Allah maha luas yg x terperi nikmatnya buat sy “Carilah kasih sayang dn perhatian Allah bukan cinta dan kasih sayang manusia. Dunia ni xda pun yg pasti kecuali Tua dan Mati”…
Sy sukakan keamanan, pencapaian diri, keluarga, ugama, keduniaan. Sukar sebenarnya nak mendapatkan semua ni (sy faham Allah x beri semua ni pd kita sbb ini dunia).. bila x dapat sy rasa sakit, pendam kecewa dan mahu mengasingkan diri dri semua yg menyakitkan sy..
Sy minta jawaban tu dri Allah sesungguhnya Allah hebat mengatur sy supaya sy lihat dn fikir..

Fatin sangat ceria orangnya.. Penghibur betul dia ni.. Kami di Kapodokya Hotel Double Tree.. Sejuk..

Berat baju ni 5kg.. dah 10 tahun baju tebal ni, beli kat Switzerland.. Sampai je terus pose.. jakun tengok salji..

Ballon ni sangat2 besar.. Bayangkan van sebelah ni dgn balon berapa kali ganda. Bakul kecil muat 20 orang je.

Suhu -5.. Sejuk sampai kulit merekah dn pecah.. Sakit kebas lepas naik belon ni.. Sy nak try tp gayat yg teramat..

RM800 duit M’sia, berbaloi merasa sekali seumur hidup.. Pengalaman macam mimpi.. Menyeronokkan sekali..

Menyorok bila dah tinggi.. lagi2 masa masuk dalam awan.. Bahaya sgt sbb katanya boleh berlanggar antara belon lain sbb x nampak..

Sangat indah pemandangan dri atas.. Dri jam 6.00am kami melihat matahri terbit dgn suhu teramat sejuk..

Pilot baju merah ni haa.. org Turki yg expert katanya.. Sy tetap takut kalau jatuh mmg xda cara nak selamatkan diri.. xda sebarang jaket parasuit ni.. Mati katak..

Semasa nak turun pilot tu jatuhkan tali.. Org kat bawah tarik.. Tali tu ditambat pd jeep yg ada flatform.. Utk landing.. Bukan ni bukan landing di tanah..!!

Faisal.. Anak kawan sy.. sy suka sgt anak ni.. Baik dn soleh.. Sentiasa berwudhuk dn mengaji Quran. Mudahan anak2 remaja sy sebaik dia. Jeles anak sebaik dia..

Hebatnya Allah menciptakan bumi dgn berbagai musim.. Berbagai manusia dn ragamnya.. Allah amat bijaksana dn sgt penyabar.. itu sy merasakan disana..

Hilang gayat selfie kejap.. Kami turun sekejap jjer supaya dekat dgn gunung2.. SAMBIL MEMERHATIKAN DRI ATAS INDAHNYA CIPTAAN ALLAH..

Sy kagum melihat rumput.. bumi mcm lukisan.. So ni sy abadikan pose maut kat sini.. Haa sejuk macam lena rendam dlm ais..

Wanita ni masyer buat karpet.. Mata org Turki juga berubah2 warnnya ikut musim.. Subhanallah mengejutkan sy.. Sy nak berubah mata pakai konteks lens.. he he he..

Sy di dlm under ground city. Mereka mengikis gunung ini dijadikan tempat tinggal.. Bintang ternakan, makanan dn keselamatan mereka..

Sempitnya ruang ni hidup dalam gelap.. hanya lilin dan banyak lubang2 utk membunuh musuh yg masuk dlm gua..

Kalau musim sejuk akan panas dlm gua ni.. Musim panas ia akan sejuk.. Allah sayang setiap hambanya kan.. Tp kita x sedar.. “Nikmat apa lagi yg hendak engkau dusta”..

Kehidupan kita sgt lebih baik dri mereka.. tp kita ttp x bahagia dn aman.. Kenapa? “Sbb x tau menghargai nikmat saat dn masa yg Allah kurniakan..”

Mereka boleh hidup dlm 3 ke 5 bulan kerana batu2 ni mengandungi oksigen selama tempoh tu.. Kalau lebih ia akan meluap berair dri celah2 batu..

Ni anak2 menjual air delima dn buah oren.. Ni cara perahnya.. Secawan kecil 5 lira.. Sedap buah delima asli tp kalau bnyk minum susah buang air besar sbb kelat dn kulit delima tu pahitkan..!!

Sy nk hijrah hari ni ke Istanbul.. Keru ni mengingkan sy dan ahli kwluarga sy.. Rindu dn sy amat syg ahli keluarga sy. Kali ni sy sorang2.. Muhasabah diri..

Dalam bas.. Muka dn kulit yg sakit.. Separuh tapak tangan losyen dn minyak sy lumurkan pulihkan kulit..

Pekan kecil yg sunyi sepi.. Kawasan perumahan walaupun tengahari masih berkabus.. Setiap rumah keluar asap di serombong..

Askar ni kawat lucu bagi kami.. dia angkat kaki sampai paras dada.. ha ha.. KAWAN2 BERKAWAT GAK MENCUBA.. HA HA.. TERBARAI KETAWA.. SAKIT OOOO..

Umi keluarga moden dn koperat.. Anak2nya di US dn Australia.. Yg tahfiz je ada kat M’sia bertemu di Turki..

Menikmati waktu sendirian.. menjauhkan diri dgn org lain yg bersama keluarga mereka. Sy tetap ingat keluarga sy kerana kami pernah bersama2 ke mari..

Sebenarnya yg join ni semua golongan professional dn koperat.. tp best sbb mereka Islamic.. Rina dn Fatin baik2 sgt menemani sy selalu.. Kami atas boat..