Malam ni malam jumaat sehingga dalam perjalanan balik ke jeddah sempat sy buat 2 story.. Sy kalau menulis jarang street.. Sambung 2 ikut mood dn kelapangan.. Mengisi masa kosong.. Sy menulis terakhir utk 2 story ditempat suci ni.. Apa yg kalau ada khilaf mana2 part banyak2lah sy minta maaf..
Tadi sy buat umrah ke-3. (Khamis malam jumaat).. Kalau buat umrah time ni mmg jamed dan sgt mencabar.. Khamis dan jumaat ialah hari bercuti di Saudi… Org2 disekitar tanah suci punca kesesakan yg utama.. Kalau hari lain x seteruk 2 hari ni..
Bagi kita rugi x buat ibadah banyak2 sementara dah datang sini, ye lah bayar tambang mahal2 kan..!!.. Jangan mengutamakan shopping dan tidur je kat hotel.. Disini bukan tempat menarik bershopping..!!
Pengalaman sy yg boleh dikatakan kerap keluar negara ni nak best shopping Paris London.. Berkualiti dan menarik. Kalau perabut Indon lah.. Apa barang boleh ciplak murah dan sgt berkualiti. Kebanyakan barang yg dijual kat Mekah dan Madinah ni x berkualiti langsung.. Semua made in China. Msia lebih bagus barang2 kita sebenarnya..
Jika sekadar nak beli jubah sgt berbaloi disini kerana murah dan lebih cantik kualitinya dari negara kita Msia atau Indonesia. Kurma wajib beli sbb kita nak ambik berkat buminya yg suci ni..
Terlalu banyak tempat shopping mall sekarang disini.. Bagi jemaah pertama kali sukar nak cari tempat atau nak bezakan cari jubah yg berkualiti dn harga murah..(peniaga bermainan harga)
Masjid adalah keutamaan kita patut kejar selagi mampu jika ada kesihatan yg baik dan tenaga.. Banyak sgt pahalanya 100x ganda.. Dugaan pun banyak.. Kalau kita buat dosa pun sama tu jugalah gandaan dosanya..
Ada sedikit tips lain ;
- bagi anda yang nak wakafkan quran yg bukan di cetak di Madinah tidak akan diterima, ia akan dikeluarkan oleh penjaga masjid..
- Jika anda ingin berwakaf antara lainnya yang lebih baik ialah membelikan kitab buat pelajar2 yang belajar disana.. Kerana ia berpanjang boleh digunakan.. (Pahalanya juga lebih banyak kerana sering digunakan)
- Berhati2 dgn mutawif (kebanyakan Indon) segelintir dari mereka ini menggunakan sifat alim dan berbudi bahasa tetapi mengambil kesempatan. Mereka menjual kurma ajwa kononnya murah dan berbagai.. Minta duit wakaf dan bina masjid di Indonesia.. (sy pernah kena dan jemaah lain juga kebanyakan dari golongan kaya paling banyak terkena.. Maaf sukar sy nak jelas kan bagaimana disini..Paling sy ingat hati2 dgn Ustaz yg ada namanya bermula huruf “R”.. Ada kelulusan UIA.. Suaranya merdunya.. Ceramahnya mendayu2 meruntun2)..
- Ada mutawif menipu masa lawatan minta kutip wang seperti ke masjid terapung dan tempat lain2? Itukan dah masuk pakej sebenarnya.. Upah angkat barang dari bas juga kena bayar.. Walhal itu semua percuma.. (kesian org2 miskin kebanyakan mereka yg umrah tu x tahu ..Mereka akan bayar..!! Si penipu menggunakan tiket mereka sebagai mutawif tu sy lihat balasan azab dunia pun sengsara x berkat rezeki dan anak2 meraka.. heran betul xtakut ke buat dosa disana..!! Mereka x kaya pun sy lihat.. Menjual ilmu Allah dn darjat mereka sebagai org berilmu..)
- Air zam2 jgn cuba2 nak masuk dalam bagasi, mudah pecah kerana beg kita kena campak. Boleh rosak barang lain dlm bagasi..
- Hati2 membeli barang yg lebih 20kg kena caj RM 90 riyal setiap kilo.. Berbaloi ke beli kacang dan baju murah sekadar nak bayar macam tu..??
Suasana umrah zaman tahun 2000 dengan sekarang sgt jauh beza..Bangunan tinggi dah macam Paris.. Terus terang sy katakan sy x suka..!!! Bangunan melebihi tingginya kaabah..
Bagi org yg kaya raya mereka duduk di hotel Tower tu, woww sgt mahal bayaran puluhan hingga ratusan ribu riyal utk 6 ke 7 malam disitu..!!! Kalau malas solat ke masjid mereka hanya solat di atas sambil mengikuti imam dari atas masjid saja.. Malahan disana juga ada surau disediakan.. (rugi lahh Itu hanya hotel di tower mewah bukan dalam masjid haram)
Pengalaman umrah yg agak kerap tu sy melihat berbagai karenah manusia. Musim paling selesa buat umrah mmg lepas haji sbb cuaca sejuk sekali.. Sebab tu ramai sgt jemaah. Kalau keselesaan begini kena banyak buat umrah dan tawaf sunat..
Kali ni sy buatkan utk arwah nenek yg menjaga sy masa kecik2, sayang sgt dia dgn sy.. Semoga Allah kasihan dgn mengampuni dosa2nya dan masukan dia dalam golongan org solehah..
Sy nak kongsikan mood sy semasa perjalanan Tawaf dan Saei tadi.. Sepanjang tawaf sy bacakan Zikir Al-mathurat dan doa2 tawaf.. Semasa perjalan saei sepanjang 3.8 km tu sy bacakan yasin dan surah Al-kahfi.. Ini ialah surah terbaik dibaca utk hari khamis..
Sepanjang berjalan masa saei tu tangan sebelah pegang tablet mengaji Quran.. Tablet tu besar senang baca. Sy rabun dekat dan sebelah lagi berdoa sebanyak2nya.. Pengalaman buat macam ni sy rasa sgt puas x rasa penat x rasa juga lama buat saei.. (Sy bukan niat riak dlm ibadah. Niat sy kongsikan tips sj. .Astaghfirullahalazim)..
Selesai saei sy buat solat duha diatas bukit tempat bertahalul tu.. (sy mengamalkan duha sbb sy x mampu konsisten buat tahajud) Maaf berjuta2 sy minta maaf ni.. Sy x berniat tulis ni sbb mahu menunjukan sy ni orang yg baik2.. Tapi sy nak sgt berkongsi doa sy ni (sbb sy tahu sy ni bukan org yg baik).. Sy takut sy gagal mendidik anak2… Antara minta sy dalam doa yg keluar dari mulut sy tu masih sy ingat:
“Ya Allah aku ni hamba mu yg x tahu malu. Aku ambik banyak nikmat yg telah kau berikan, namun kadang kala aku lupa nak berbismillah.. Ada kala aku lambat dan melalaikan solat 5 waktu kerana kelalaian dunia ku. Walhal aku kata aku mahu jadi hamba mu taat.. Solat diawal waktu aku x mampu nak buat Ya ALLAH kerana aku utamakan dunia.. Aku x da kekuatan melawan kebodohan ku..
Bantu aku Ya Allah.. Kasihani aku Ya Allah. Kalau kau x bantu aku bagaimana aku nak menghadap kamu nanti.. Aku banyak2 mohon keampunan mu Ya Allah..Sbb aku tau sifat rahman dn rahim mu. Kepada mu tempat aku bergantung dn kepada mu Ya Allah kembali nanti..
Adalakala aku lupa berzikir kerana seronok dn khayal dgn kerja..Sungguh ya Allah aku ini biadab sekali. Aku x mampu menjadi hamba mu yg tertib. .Solat tepat waktu..Aku x kuat Ya Allah. Bantu lah aku Ya Allah agar aku mampu solat pada awal waktu ..Berikan aku nikmat kesungguhan melakukan solat wajib serta yg sunat.. Puasa wajib dn puasa sunat..
Aku mohon lagi ya Allah supaya aku menjadi ikhlas dalam semua perbuatan dn ibadah ku hanya kerana Mu..Bagi lah aku ni ya Allah hati yg sungguh2 mencari keredhaan engkau Ya Allah.. Fasihkan lidah ku dgn quran..Kuatkan ingatan ku dgn quran..
Aku x pandai berdoa dan aku banyak sangat dosa Ya Allah, Jauhilah aku sifat fasik, munafik , mazmumah.. Aku bukan ibu yg baik ya Allah.. Aku sendiri x betul ya Allah bagaimana aku nak mendidik anak ku . Amat susah bagi ku ya Allah mendidik anak2 dari hasil perkahwinan dn perceraian ini. Bantu aku mendidik anak2 ku agar mereka taat dalam mengerjakan solat.. Mematuhi suruhan mu dan rasulnya.. Aku takut anak ku lalai dgn perintah Mu, Aku takut pengaruh barat. Lindungi aku dn seluruh keturunan ku Ya Allah..
Ya Allah aku takut dgn iman ku yg rapuh ini, jangan kau biar kan hati aku bergantung kpd dunia walaupun sekelip mata melainkan Allah segala2 pengantungan ku.. Aku takut azab neraka dan saat kau ambil nyawa aku nanti..
Ya Allah aku bersaksi disini akan syahadah (2 kalimah syahadah) dan izinkan , bantulah aku mengerakkan lidah ku menyebut kalimah ini saat sakratul maut ku.. Tolongggggggggg ya ALLAH.. Agar aku selamat dari azab neraka mu.. Takut sekali aku dgn neraka mu.
Aku jahat..hari ni aku bertaubat.. Esok aku kembali melakukan dosa..YA Allah JANGAN SEKALI KAU BIARKAN DIRI DN HATI AKU INI BANGGA DGN DUNIA ..
JANGAN BIARKAN HATI DN CINTA KU KEPADA DUNIA YA ALLAH.. Ya Allah berikan aku ketenangan sepanjang sisa umur yg ada ini, aku nak habiskan dgn amal yg baik2..
Berikan aku Kesihatan yg baik supaya aku boleh berdiri dn rajin solat. Rezeki yg banyak dn diberkati agar aku boleh infak kepada jalan mu.. Kata2 ku yg fasih tapi x sia2 dan dimenafaatkan utk membaca alquran.. Kekuatan ingatan juga utk Al-Quran..
Jika kau jemput aku lagi menjadi tetamu mu dimasa akan datang jadikan lah iman dn kecintaan ku pd mu lebih baik dari sebelum ini.. Dan jika engkau ingin mengambil nyawa ku nanti biarkan amalan aku cukup utk aku melalui azab kubur, titian sirat dan negara akhirat yg x mampu pun aku lalui walau 5 saat..
Selayaknya aku hanya merayu meminta ihsan dari mu dan bukan dari amalan ku yg x sempurna..Kerana amal ibadah ku sudahlah kurang.. Akhlak ku yg buruk.. Segala2nya aku hina sekali dan xlayak meminta syurga mu.
Aku malu Ya Allah tapi aku minta juga.. Sbb aku tahu kau bersifat kasih sayang dan murah pemberi keampunan. Aku berbanyak2 shukur ya Allah atas rezeki aku berniaga, mudahan engkau redha akan urusan aku dlm jual beli..
Aku mohon sebanyak2nya apa jua yg aku usahakan dlm perniagaan st atau jrm kau jadikan Produknya menjadi baik kepada penguna utk kesembuhan sn kecantikan.. Semua milik kekuasaan Mu, aku meminta ya Allah kerana kepada Mu yg memberikan kesan baik dgn shifaknya.. Niat ku hajat mu mudahan produk2 ku utk membantu manusia lain yg memerlukan..
YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI KKM DAN LHDN DN ORG2 YG KEJAM MENZALIMI KAMI ATAS HASAD DENGKI MEREKA.. Semua dlm hidup ku aku niatkan jihad kepada jalan mu.. Aku mahu pulang kan kepada kamu yg agung. Empunya yg kekal..
Itulah antara doa2 yg sy ingat.. Masa doa tu tu hadir perasaan bersalah, malu, sayu, takut dan mengharap sepenuh2nya.. Perasaan dgn doa ketika itu bukan dibuat2 sehingga sepanjang berdoa sy menangis, lemah seluruh badan sy…
Mata sy masih mata waktu Mekah.. Mengantuk sy di siang hari.. Semoga perkongsian sedikit ini memberikan kebaikan kepada jemaah yg akan kesana. Tabarakallah..